Sunday, March 25, 2007

TEKA SILANG OTAK....HU

SILA JAWAP KESEMUA SOALAN YG DIBERI,JAWAPAN HENDAKLAH DI ISI DI RUANG YANG DISEDIAKAN...MASA YANG DIPERUNTUKKAN 1JAM SAHAJ..
SELAMAT MENJAWAP......HE








1)Ada sebuah kapal selam. muatan ialah 30 orang. suatu hari, 29 orang telah masuk kedalamnya.kemudian datang seorang ibu mengandung. tiba-tiba, kapal itu tenggelam..kenapa?
2)Apa bendanya ada leher tak de kepala, ada tangan tak de jari, ada badan tak de kaki, cubalah teka.
3)Antara banyak-banyak mi, mi yang mana tak boleh kita makan
4)"BANGUNAN APA YANG PALING TINGGI?".
5)Anda ada sebuah bakul yang mengandungi 13 biji epal. tiga biji epal telah anda ambil. berapakah biji epal yang anda ada?
6)Benda apakah jika dipotong masih lagi dipanggil panjang walaupun ianya dicincang lumat?
7)Banyak-banyak pokok dalam dunia nie,pokok apa paling tinggi,emmm
8)Nak dengar lawak saya,jom... Gini,ketika puasa, kita boleh makan apa yang tak membatalkan puasa.. naktau jawapannya,??
9)Banyak-banyak bunga , bunga apa yang tak boleh cium??
10)Apa kamu buat apabila hujan turun di tengah jalan?
11)Diantara langit dan bumi apa di tengah-tengahnya.
12)lembu naik motor,kambing naik kereta.orang pula naik apa?
13)kalau semua binatang naik bas,kereta,van,keretapi,kapal terbang dan kapa.Habis manusia nak naik apa? .
14)Ape pasal baju superman ketat?
15)Banyak-banyak kampung...kampung aper yang selamat di duduk penduduk?..
16)Dalam banyak-banyak ibu ape selalu kat dapur?
17)Kay: Dalam banyak-banyak burung,burung apa yang tak jumpa ? Ayu: Tak tau Kay: Burung yang hilang le!
18)S: Ada tiga adik beradik, tiap-tiap hari dia bergaduh dan kejar-mengejar... tapi kan hairan ye tak pernah- sekali pun dia dapat.... ??
19)Awak pernah tak tengok ayam berkaki tujuh????????saya selalu tengok ayam nii..nak tau bila? bila ayam tu berjalan di atas kaki lima..nak tau kenapa boleh jadi tujuh?sebab ayam tu sendiri dah ada dua kaki dan bila berjalan di atas kaki lima, maka dua dicampurkan dengan lima jadilah tujuh kaki....BETUL TAK????
20)Dua orang anak beranak terjumpa seekor Harimau Lapar yang GAAAAAArang sekali. Harimau tersebut hanya menerkam si bapa.Lepas tu harimau relek jer! kenapa harimau tidak menerkam si anak ?
21)kalau kambing jadi cicak, cicak jadi kerbau, kerbau jadi anjing, anjing jadi harimau, harimau jadi tikus, tikus jadi kerbau,kerbau jadi gajah, gajah jadi naga, naga jadi cacing. orang jadi apa? 22)Bila kita tidur dia bangun bila kita bangun dia tidur????
23)MAKAN ISI BUANG KULIT... MAKAN KULIT BUANG APE????? JAWAP???
24)Dalam banyak-banyak BAS,bas yang mana paling tinggi?. Terai teka ( cuba teka)!!!.
25)Dalam banyak2 bandar, bandar apa yang bengkok?
26)Dalam banyak-banyak bintang bintang aper yang popular????????????? .......
27)Banyak2 tahi ......tahi apa yang korang tak nampak
28)Sekiranya itik naik kapal terbang manusia naik apa....??
29)Dalam banyak-banyak buah,buah apa takde tangkai?????
30)Tikus ape ekornye panjang???
31)dlm satu kesesakan jln raya di simpang empat ade polis trafik tgh jaga,masa tue ader seorang pemandu lori ,dgn slumbernye dier meneruskan perjalanannya walaupun masa tue lampu merah kat jln die,aper yg peliknya polis tadi tak tahan pemandu lori tue,..... sebab pemandu lori tue jalan kaki.....hahaha jgn marah aaaaaaaaaa
32)Apa ikan paling kaya ??? \
33)Apa pintu yang tidak ada pintu ???? \
34)Antara banyak2 bapak,bapak yang mana paling tua??? \
35)Banyak-banyak batu ,batu apa yang paling BESAR.??
36)dalam banyak-banyak si,si apa yang paling terang........??
37)banyak-banyak hari. hari apa yang paling panas.. ??
38)banyak-banyak hari. hari apa yang paling ganas. ???
39)ader banyak banyak motor, motor aper tak jalan atas jalan raya..? haaaa pikirrrrr jangan tak pikirrr kang kene pikirr....???
40)masuk kandang kambing? mengembek. masuk kandang lembu? menguak. masuk kandang harimau? kena ngap.
41)Apakah jenis mi yang terdapat di Malaysia tetapi tidak terdapat di Indonesia??.
42)keretaapi jalan ke belakang ape dia???
43)dalam sebatang pokok kelapa, benda apa yang hujunya tak ada perkataan kelapa??
44)"dalam banyak banyak jam.Jam apa yang berbau busuk???
45)banyak-banyak mi, mi apa yang paling besar?
46)Ikan apakah yang paling besar didunia. ??
47)Dalam banyak ikan...ikan mana yang paling tua..??
48)dalam banyak buah,buah aper tak ader pokok.??
49)Apakah makhluk apabila kecil berkaki empat,apabila besar berkaki dua dan apabila tua berkaki tiga?
50)Apakah buah yang berani mengeluarkan jantungnya?
51)dalam banyak-banyak lembu. lembu apa yang orang cari?
52)banyak banyak daun, daun apa tidak terdapat atas pokok.
lakukan.
54)Banyak-banyak lori.Lori mana yang banyak tayar.......
55)Buah kelapa bila dibelah dua, yang manakah dipanggil kelapa dan yang mana dipanggil nyok ?
56)Banyak-banyak ikan ,ikan mana yang bela anak
57)"KAMBING NGAN LEMBU YANG MANA TUA???
58)banyak-banyak bunga, bunga apakah kalau kita siram dia mati
59)teka teki apakah dia??????? yang mangejar tidak barkaki..yang dikejar tidak berlari
60)gajah lalu patah titi( Jambatan ) kambing lalu patah aper ?......
62)Penyakit apakah paling......sakit.Paling....sakit.
63)Di antara motosikal dan kereta yang mana lebih tua??
64)"Beribu-ribu, penduduk Malaysia makan di pinggan dan minum di cawan.. tapi ada satu mangkuk, orang Malaysia tak gunakan untuk makan, apa dia?
65)"Dalam kesemua huruf A-Z yang mana satu boleh kahwin?"
66)dalam banyak banyak burung burung apa yang paling tua??
67)apa dia kalau malam dia tidur, kalau siang dia mati???
68)pada zaman dahulu ada tiga sahabat iaitu:nabi,raja,ali dimana beliau telah terebang menggunakan pesawat ringan buatanya,lalu pesawat berkenaan jatuh dan menletut berkecai.tapi hanya seorang je yang mati siapa?
69)antara bulan dan bintang mana sayu lagi tua?
70)seorang hamba bertanya kpd raja."padi di sawah bagaimana?,kayu dibawah istana bagaimana? & tuan nak makan gulai apa hari ini?" dengan selamba raja menjawab,"ketam".mengapa raja menjawab "ketam" saja? sebab padi perlu diketam,kayu perlu diketam dan raja nak makan gulai ketam...betul tak???

ha sahabat1 yg bijak sana sila jawap semua 70 soalan yg dbagi dalam ruang komen ek...selamat mencuba he.................

PELBAGAI RAGAM MANUSIA..








1)satu hari anak murid saya datang sekolah sambil nangis. dia kata " kucing saya mati lepaih saya basuh dia cikgu" tanya saya " teruk sangat ka hang basuh kucing tu?" dia jawab " Takdak la cikgu cuma saya masukkan dia dalam mesin basuh saja" .




2)ada seorang bapa tengah menyemak kad laporan anaknya dia berkata " kenapa semua merah sangat!!!? anaknya menjawab agaknya dakwat pen biru cikgu dah habis".(sambil merotan)bapaknya berkata"kau loyar buruk....yeee..!!!!!1

3)pengalaman saya semasa mengajar di sebuah sekolah menengah. pergaduhan antara dua pelajar Murid A: Bapak kau tu mengandung 10 tahun tak beranak-ranak Murud: Sudahlah, bapak kau tu umur dah 40 tahun tapi rambut tak tumbuh-tumbuh
4)..anak pertama nama ros sebab waktu mengandungkan dia , tangan tertusuk durinya, anak kedua nama cempaka , sebab waktu mengandungkan dia kena hempap dik daunnya. anak ke tiga nama nya Mat dahan...teka lah sebab nya..sebab nya waktu mengandungkan dia .. saya kena hempap dik dahan..
5)mahfuz sedang menutup sebuah lubang di halamannya. fadil, jirannya kehairanan dan bertanya, "hang dok buat apa, mahfuz?". "Ikan masku mati," sahut mahfuz, sedih, " aku baru tanam". "Tapi kan, lubang itu terlalu besar untuk seekor ikan mas?" kata fadil mahfuz bangun dan berkata, "...ikanku ada di dalam perut kucingmu."
6)"Sedang ngapain kamu, Wan ?" "Sedang melukis kuda makan rumput." "Mana rumputnya ? Kok tidak kelihatan ?" "Sudah dimakan kuda." "Loh, kudanya mana ?" "Sudah pergi ! Untuk apa lagi dia di sini, kalau rumputnya sudah habis !"
7)Satu kemalangan berlau. Polis : Awak nampak no. kereta tersebut? Saksi: Nampak tok, nam pat tuju nam. Polis: Saya tahu kereta tu terjunam tapi berape nombonye ??? Saksi: Nam pat tuju nam lah.....nombo kereta tu 6476. Polis: Ooooo.... Lawak dak....
8)Ada 3 sekawan sedang merantau.Mereka adalah Gaduh,Gila dan Otak.Sedang berjalan2,Gaduh hendak membuang air dan menyuruh rakan2 meneruskan perjalan.Setelah lama menuggu,Otak dan Gila mengambil keputusan untuk melapor kehilangan gaduh dibalai polis.Gila:"Cik,kami datang nak cari gaduh!"Polis:"Awak gila ke ?"Otak:"Memang kawan saya ni gila"Polis:"Awak tak ada otak ke?"Otak:"Sayalah otak"
9)Mengapakah pada kebiasaannya tayar belakang kenderaan lebih cepat botak daripada tayar dapan kenderaan ??? Nak tau..ke...? Ni...ha.., Tayar belakang cepat botak kerana ia asyik berfikir macamana hendak potong tayar hadapan...! Betul kan....!!!


10)Ali: Man, Man, kau tengok monyet kat zoo, bergayut ke bergayut-gayut ??? Man: Tentulah bergayut-gayut...Ali: Apalah kau ni, tengok monyet sampai bergayut-gayut.....ha..ha...ha...

11)Ada dua orang yg. bernama Gila dan Otak mencari rakan mereka yang hilang.Mereka pergi ke balai polis untuk membuat laporan.Gila masuk manakala Otak menuggu di luar. Polis:boleh saya bantu? Gila:saya nak cari Gaduh. Polis:awak ada otak tak? Gila:ada,kat luar. Polis:awak gila ke? Gila:saya memang gila.

12)Sedang Ali bersarapan nasi lemak telur. Adik : Abang, ini ada berita hangat . Ali : Apa dia ? Adik : Telur tak boleh makan. Ali : Kenapa ? Ada wabak ke ? Adik : Memanglah telur tak boleh makan sebab telur tak ada mulut. 13)Sebuah kereta rosak di hadapan Taman Bahagia, Tg. Rambutan. Pemandu: Cik, boleh tolong, kereta YB rosak...Pengawal keselamatan taman bahagia: Eleh....mengaku YB, sini yang mengaku Presiden pun ada tau....

14)kenaper jalan raya semakin sesak jawapannya banyak binatang dah kelaur ke jalan spt rusa.kancil.kelisa

15)KAT PASAR MALAM , ADA SEORANG PENIAGA CINA MENJUAL JAM."INI JAM MANYAK BAGUS WOO, BARU WAA.. BARU WA..",KATA CINA ITU KPD SEORANG LELAKI. TIBA TIBA LELAKI ITU MEMUKUL CINA ITU DGN TERUK. RUPA-RUPANYA LELAKI ITU MENYANGKA CINA ITU MENGGELARNYA BARUA, SEDANGKAN CINA ITU BERMAKSUD JAM ITU "BARU LA". HA.HA..HAA..BARUA..BARUA..BARUA!

16)Guru:KENAPA MENANGIS. Atan:DUIT SAYA HILANG.. Guru:BERAPA BANYAK YANG HILANG TU. Atan: 20 SEN CIKGU.. Guru: SUDAH JANGAN MENANGIS, AMBIL 20 SEN NI. Atan: MENANGIS SEMAKIN KUAT. Guru: KAN DUIT YG HILANG TU CIUKGU DAH GANTI, KENAPA MENANGIS LAGI. Atan: KALAU DUIT SAYA TAK HILANG TADI, TENTU DAH JADI 40 SEN SEKARANG.. Guru: ?????

17)Apa kata kita berpantun kali ini? NAIK KEBUKIT LONGKING MELIHAT PADI DIMAKAN GAGAK MANA HATI TAK RONGSING ORANG BERSUAMI AWAK TIDAK.. batang selasih ubi kayu...terima kasih, thank you!

18)Hidup segan mati di tam Lembu punya susu cap teko dapat nama hendak seribu daya, tak hendak tak apa Membujur lalu melintang pukang Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

19)Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah. Biar lambat asalkan tak cepat. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.....

20)Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan Tiada rotan, pelempang berguna juga Biar lambat asalkan tak cepat Biar putih tulang, jangan kuning gigi Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar Alang-alang mandi biar guna sabun Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu

21)PAdik: Kak, kak, kenape orang menembak, tutup sebelah mate? Kakak: Kalau die tutup dua-dua belah matenye, macamane die nak tembak....Adik: Betul jugak ye....
22)Adik: Kak, kak, ular kat zoo tu, kak tengok menjalar ke berdiri ??? Kakak: Tentulah berdiri... Adik: Ape??? kak tengok ular berdiri, ade ke ular berdiri, setahu adik ular menjalar...Kakak: (dalam hati, geram) sengaja nak kenakan aku lah tu.....

23)Seorang badwi naik kapalterbang nak gi singapore.dia duduk di First class sedangkan tiketnya ekonomy class.jenuhlah pramugari suruh dia beralih. tetiba datang pilot bisik sesuatu terus berlari dia ke kelas ekonomi. Nak tau pilot tu kata apa? yang depan nie pergi perancis.yang belakang tu ke singapore.

24)cam nie..amoi tambah amoi sama dengan dua amoi.dua amoi tamah satu amoi sama dengan tiga amoi.betul tak? kalau tiga amoi tolak satu apek?apa jawapannya.haiya..manyak senang wa...apek terjatuhlah.kalau tidak pecaya ah,pegi tanya itu apek,ok!


25)Para jemaah bersedia menunaikan solat Subuh. kehadiran Imam dinantikan tidak tiba.Jemaah masing2 menyuruh sesama sendiri menjadi imam.selesai solat, seorang jemaah memuji imam yang mengimamkan solat Subuh "boleh tahan bacaan kau tadi" jawab imam tadi "itupun belum ambil air sembahyang lagi.kalau sudah ambil air sembahyang mungkin bacaan lebih sedap".

26)ibu :amin,jangan hisap jari nanti perut buncit. amin:Ibu,kenapa perut ibu buncit?ibu hisap jari ye?

27)sepasang suami isteri sedang bergaduh dalam satu perjalanan untuk pulang di kampung. di pertengahan jalan, si isteri terlihat sekumpulan kerbau sedang berkubang lalu berkata, "haa, ada jugak saudara awak kat sini yer" si suami mengerling kawanan kerbau berkenaan dan selamba menjawab, "ha'ah, ipar-ipar saya"

28)Mimi: Mak, mak ni dah kawin ke belum? Mak: Dah. Mimi: Betul ke nii... Mak: Betul. Kejap Mak pegi ambik gambar masa mak kawin dulu. Mimi menatap album gambar tu dengan khusyuk. Mimi: Jahat mak ni. Kenapa mak tak ajak Mimi makan kenduri masa mak kawin tu. Kesian Mimi. (Merajuk)..